kyra punya lagu

Wednesday, October 28, 2015

menganggur

assalamualaikum ..


lama betul tak update blog nie. bukan sibuk tp malas. hahaha. dah berapa bulan menganggur duk rumah je. tp esok sampai la 9/11 ade la buat part time kerja. boleh la tu sementara tunggu nak kerja. hehehe.

so selalu menulis kt sini bila ade benda menganggu fikiran. sekarang yang menganggu fikiran adalah radzie. yup. my crush when i was at matriks. hahahaha. tersuka dekat ketua kelas sendiri. lawak pulak bila fikir. so here we go.

lepas je habis matriks, mmg tade ape2 pun perasaan dah kt die sampai ke tahap tak pernah fikir pun pasal die dalam masa 2 tahun lebih nie sbb last jumpa masa april 2012 final matriks. habis je exam, gua dah blah balik kl sbb kena kosongkan asrama b4 4pm.

tetiba this morning, i mimpikan die. mmg pelik la. nak tergelak pun ade sbb dlm bnyk2 org yg kenal, die plak boleh sesat dlm mimpi tu. and dah la mimpi tu pun pelik. firstly, aku tetiba tengah kemas baju kt asrama universiti sambil die tengok aku kemas. masa tu aku tak tahu sape sbb muka die tak nampak. aku just kemas and bebel ckp "kenapa kena pindah asrama? bia jela kt sini." lepas tu die marah "kemas jela. bnyk bunyi.

lepas tu die bawakkan brg and jalan depan aku. aku masih bebel. serius tertanya siapa la mamat nie. dah la semak marahkan aku. lepas tu die hempas beg and pandang aku, "i am your husband. so tolong la ikut je. sy nak awak pindah bilik." masa tu mcm nak jatuh jantung aku. sekali radzie dah. siap dah jd husband wei. kejadah sial. hahahahahah.

patu aku sampai bilik asrama baru. rupanya universiti tu ade 3 jenis asrama. asrama for girls, asrama for boys and asrama campur. so die bawak aku stay asrama campur tu. bilik aku depan bilik die. hahahahaha. lg pelik. ingat nie citer mat salleh ke mcm quantico tu yg asrama diorg campur laki perempuan siap share bilik air.

adoi adoi adoi .. then aku start kemas brg aku. die masih lagi tengok. kuang asam. bukan nak tolong. hahahaha. then die masuk bilik die, aku kemas brg2 aku dan bilik. habis kemas, aku g bilik die, tengok die rileks. roomate tade. then aku lepak la dgn die. sekali die ckp nak mandi. lepas tu suruh aku mandikan die.

OMG!!! ape kejadahnya mimpi nie wei. aku pulak mmg malu gila masa tu. terus ckp NO and masuk bilik. die gelak je. kuang asam.

lepas tu sedar, dah bangun tdo sambil duk kenang balik mimpi tu. horror je mimpi aku nie. tahu la dlu pernah tersuka radzie. nie dah sampai ke tahap leh mimpi siap kitaorg dah nikah dalam mimpi tu kejadah btul la .

dasyat mimpi aku wei. maaflah radzie, aku tak sengaja mimpikan kau. well siapa boleh pilih karakter yg masuk dalam mimpi tu kan? so sorry radzie. hahahaha. sbb tu la aku rasa horror sgt sbb aku tak pernah pun fikir or suka lagi kt radzie utk tempoh dua tahun lebih nie and dah la dah nikah dgn die.

SCARYYYYYY la s#!+. hahahahhahaha. mimpi nie mmg mengarut la. so senang je. meh ler kita lupakan dan move on. mimpi kan mainan tidur. so yup. lupakan.

okay. bye. nak tidur. ape lg la mimpi malam nie pulak. hahaha. bye korg.

Thursday, September 17, 2015

Tamat belajar

Assalamualaikum.

Hei hei hei. Lama nau nau iolls tak menulis kt sini. Lama tak tulis sbb mega kesayangan iolls hilang. Nak beli baru tak mampu. Skrg alhamdulillah. Dah habis degree. Masih mencari kerja. Nak kerja cepat2 so that boleh beli fone baru. Hihihih.

So nothing to story morry sbb my life sama je. Tiada yg berubah except now i am back to my family. Hohohoho. Itu sahaja yg berlaku.

So okay la. Ade benda nak buat.

Bye.

Tuesday, June 2, 2015

menilai

Assalamualaikum ..

oh btw, sy tak masuk hospital lepas strictly makan ubat. :)

So diam tak diam, pejam celik pejam celik, dah minggu ke 19 praktikal. 1 more week and i'm out. So apa yang i dapat dari internship nie? I would say a lot. So many. I do learn a lot. Not just about work but also attitude of people. Kalau kau rasa perangai kawan kau annoying and all, believe me, susana kerja lagi annoying.

My office is 100% bumiputera. So yeah! The mentality is a bit ..... and in this organization, first thing yang i belajar do not trust anybody, do not too attached to anybody, do not too friendly with anybody. Just do your job.

sbb ape whenever you mcm buat sesi luahan perasaan kt org tu, die akan sampaikan ke org lain. I nampak selalu jadi mcm tu. A cerita pasal B kt C then C g cerita kt D or C mengumpat A kt B. So senang cerita bila masuk ke kerja, perhatikan suasana, budaya kerja yang ade dalam office.

And ape yang i nampak, they always rasa diorg je yang reti buat kerja and others don't. Refuse to listen to their boss and even worst pandang rendah kt org lain and not to forget take credits based on others job.

So yea. I do learn a lot especially attitude of people in this company. And like org tua cakap, ambil yang jernih dan buang yang keruh. Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan. Boleh fikir sendiri.

I ade manager. And this manager always cakap staff sini semua pemikiran kampung and all, bajet tahu buat semua kerja and bla bla bla. I used to believe that and respect her as she have non-meleis thought. Tp lama2 kenal and i kenal the other staff, my senior exec tegur my attitude and all, i now sedar yang manager i pun sama je. Pemikiran kampung.

die selalu rasa diri die betul, die selalu rasa ape yang die lalui dlm hidup is a part of enjoying life while others yang tak lalui ape yang die lalui tu tak enjoy their life. Ape yg i perasan, ape yang die kutuk staff tu actually die pun buat.

so please people. Think before you speak, think before you act sbb it can ended up you pun sama mcm diorg. Jgn rasa diri tu sentiasa betul. Sometimes kita betul, sometimes kita salah tak kisah la tua ke muda. Kalau diri tu sentiasa betul, then you are perfect. Tapi tade manusia yang sempurna.

So okay la. Settle sesi luahan perasaan iolls. Bye.




Wednesday, May 20, 2015

hospital

Assalamualaikum

hai hai hai ..

oh. Aku tak masuk hospital. Tp bakal masuk. Tapi marilah kita berdoa semoga aku tak ditahan di hospital.

Actually 2 minggu lepas, malam khamis tu aku tetiba diserang demam. Tiada ape2 simptom yg boleh menunjukkan aku demam. Then itu saja.

minggu lepas jumaat tengah hari aku demam balik selepas mlm khamis tu simptom demam menunjukkan diri seperti tekak tak berapa nak sedap. Tp tak sakit.

Then sabtu tu die okay cuma batuk pulak datang singgah yang sampai ke hari nie masih tidak baik2. Hari nie badan rasa seram sejuk dan kepala sakit setiap kali batuk.

Since aku nie alhamdulillah susah sakit, bila sakit mmg agak merisaukan. Mcm nie. Pelik nau demam. Kejap dtg kejap pergi. So plannya malam nie nak ke klinik ambil ubat. Kalau lepas makan ubat tade perubahan, kena check in hospital la.

Sbb sejarah kesihatan aku nie pun boleh tahan jugak. Harap2 it just a fever.

Bila dah demam mcm nie, mcm2 fikiran tak berapa logik dtg. Seperti contoh, dlu aku kena pnuemonia. Jangkitan kuman pada paru2. Demam die tu berlarutan untuk dua minggu.

So bila demam nie mcm nie, terus fikir mcm kena balik which is lepas tu aku cepat2 zikir nauzubillah hi min zalik.

Minta dijauhkan semua tu. So mlm nie lets go to the clinic .

Pray for me. Bye.

Friday, May 8, 2015

unwell

Assalamualaikum ..

Hai hai hai ..

so hari nie iolls MC. Demam. Tade tanda2 demam pun. Tetiba je jadi. Malam smlm lepas dinner tu, g la bersihkan diri semua. After that terus rasa sejuk menggigil. I thought sbb kipas tengah speed laju. Then lepas tu start rasa sejuk and badan rasa mcm bahang.

Tp adik kata biasa je bila sentuh. Then tidur. Stgh jam bangun, memang terus demam. Badan sgt panas. Tak tahan, naik tingkat atas mnx ibu nutriferon. Tade.

Lepas tu abah kasi panadol .. baru la dpt tidur ..kalau sblm tu rasa panas sampai rasa nak meletop kepala. Rasa mcm suhu termometer naik. Sbb panas tu dari kaki naik ke kepala.

Tp tade simptom demam langsung. So kena tengok malam nie mcm mana. Sbb aku nie mmg jenis dari dulu demam malam. Siang ok je. Cuma kali nie pelik sbb tade simptom demam.

Org sakit nie mmg emo lebih ke ek? semalam mintak nutriferon kt ibu. Dengar je ibu cakap tak, berjurai air mata nangis. Pdhl otak mmg duk ckp 'hah. Tade pulak.' Tp reaksi nangis.

lepas tu ade la mesej adik ckp demam. Die tak reply. Nangis jugak pdhl dlm kepala otak 'die dah tertidur la tu.'

Haih .. to future hasbeng, kalau i demam, u tak boleh tidur malam sbb kena jaga i and sbb i kalau demam, i tak selesa. So for sure you pun takan selesa nak tidur and nnti i akan menangis tanpa sebab. Hahahahah.

Okay la. Bye.

Tuesday, April 28, 2015

fakta

Assalamualaikum and hai hai hai hai ..



Terjumpa kt fb .. fakta anak kedua. Iolls anak kedua.

Yang rasanya paling tepat adalah stalker berjaya. Selalu stalk org yang kita sayang laaa. Adik ngn kakak selalu bising bila aku ckp aku stalk org. Bahahhahah. Sbb too details. Kalau retis lg senang. Siap ketinggian, darah jenis ape pun aku tau.

Aku nie jenis curiosity can kills 100 cats. Hahahaha. Kan ade pepatah curiosity can kill the cats. Tahap curiosity aku nie mampu membunuh kucing sebanyak 100 ekor dalam satu2 masa.

Nak pulak hidup di era teknologi .. google aje. Terpampang depan mata. Kihkihkih .

And yes. Aku nie mmg agak pendiam bila dgn org yang aku tak biasa or baru kenal. Sampai ade kata aku nie passive. Kih kih kih .. cer kome terai bila aku dah biasa dgn meng-kome. Idok ler terlayan .. satu lg, aku nie jenis cepat tangkap sikit.

Tak payah la cuba nak menipu dan pusing aku sana sini. Cepat nau aku faham ape yg disorokkan, ape yang cuba disampaikan dan sebagainya. Die mcm pepatah sekilas ikan di air, dah tahu jantan betina. Haaaa. Gituhhhhh. Tp selalu org tak fhm aku sbb aku pandai cover rahsia aku sndri. Sbb aku nie jenis pandai cover, tu aku senang fhm org sekeliling aku. Tp sekali aku teka ape korg cuba sampaikan, mmg korang akan sakit hati sndri la sbb betul ..

my instinct almost always right. Kalau aku ckp, mmg insya-Allah akan jadi. Bukan la ramal ke ape. Tp aku selalu buat keputusan lepas amek kira ape kata hati dan otak. 50% hati 50% otak. Tak berat mana2 belah. Korang kalau nak tipu aku, IQ kasi tinggi. Kalau nmpk pun mcm berjaya tipu aku, sebenarnya tak pun. Aku je malas nak gaduh dan panjang2kan hal.

Cerewet tu almost tepat laa .. ade certain benda aku cerewat sampai tahap mcm OCD. Hahahah. Degil tu pun iyer jugak. Bila dah banyak kali bertolak ansur dan mengalah, bru dtg degil die.

Dan yang paling tepat sekali, aku mmg kerja last minute. Sbb aku kan pandai predict masa. So last minute pun tetap menjadi. Hahahha. Aku mmg tak reti nak buat kerja awal2. Semua kena last minute sbb masa tu mcm adrenalin tu meningkat and mcm2 hormon lain jugak naik menyebabkan otak aku cepat berfikir idea2 dan sebagainya. So i don't stress due to last minute work. Tp stress bila buat kerja awal2.


Hehehe .. okay la. Nak sambung kerja.

Tuesday, April 14, 2015

timing

Assalamualaikum ..


hai hai hai ..

sy tengah bersarapan nie. Kihkihkihkih ..

so semalam aku tidur rumah setapak sebab tunggu abah sampai dari penang and sebab dah tengah malam, so decide tidur rumah setapak sbb dekat and mmg aku kena stay setapak sampai hari khamis.

Sbb abah nak main golf. Then since minggu lepas mmg stay setapak and pergi kerja naik lrt, kita tahu la masa die semua. So dah boleh agak masa perjalanan tu.

Abah pulak tak tahu, so die kibut la pagi tadi. Siap bebel la semua. Lepas tu 7.10 keluar rumah, die sibuk tanya tak lambat ke? Dari rumah sampai ke stesen lrt duk tny. Adoii.

Berjaya sampai office pukul 8.20. See. Saya nie part2 timing is always right. Dalam family paling kibut adalah tok. Lepas tu abah. Lepas tu ibu. Since membesar dgn tok, tok mmg ajar diri jadi punctual. Slogan tok "biar kita tunggu orang. Jgn kasi orang tunggu kita."

So aku memang benci dengan orang yg tak menepati wktu tanpa sebab. Dulu kalau kata pukul 12.30p.m makcik bas nak datang amek, 12.00p.m aku dah terpacak depan rumah lengkap segalanya. Ptu tok akan teman duduk depan pntu rumah.

Kalau kata dah tunggu lepas tu teringat barang yg lupa bawak, hah! Tok memang akan bising gila. Padahal jam baru 12.10pm masa tu.

So automatik, kita mcm terbiasa. Mmg tak reti nak buat lambat2. Bila orang set je time, terus dalam kepala congak masa. Dari masa bangun pukul berapa sampai la nak siap semua and masa nak start keluar dari rumah supaya sampai je dekat destinasi mmg ikut masa die.

kalau lambat, die terus dtg perasaan serba salah tu. Kadang2 sampai rasa nak nangis sbb dah lambat. Masa tu mmg panik gila la. Sampai mcm tu rasa die. Tapi almost kawan2 saya jenis tak menepati masa. Ade yang sampai ke tahap lambat setengah jam.

Memang sabar jela. Tak mampu nak cakap ape2. Menangis dalam hati je bila diorg macam tu. Sbb u can't expect people mcm you. So since me, virgo always ade expectation yang tinggi pada org lain, setiap kali diorg tak capai expectation tu, mmg sedih la. Sakit je hati.

Tp nak buat macam mana. Iolls mmg sentiasa ade expectation yang tinggi pada orang2 sekeliling tapi akhirnya dikecewakan setiap kali itu jugak. Hahahaha.

So dear future hasben, tolong jangan lambat datang majlis kita. Mahu saya nangis nanti cancel majlis. Hahaha. Okay la. Nak kerja. Bye2.

Friday, April 10, 2015

target

Assalamualaikum ..

hai hai hai hai ..

Hari tu, advisor company belanja makan. Die belanja makan dekat tropicana golf and country club. Mak oiiii ..... dulu rajin la makan kt tempat2 mcm tu sbb abah dulu banyak jadi member. Biasa lah .. golf.

now, abah tak banyak main golf merata. So bnyk la membership yang abah tak continue. Boss belanja. Selalu aku makan je breakfast yang company prepare sbb selalu bawak bekal sendiri. So breakfast company bawak ke lunch.

Tp kali nie die belanja. Ape lg. Bedal la. Aku order fish and chips since i like fish so much. Dlm ranking pemakanan, i suka ikan then ayam bru daging.

Lepas tu dessert banana boat ice-cream. Heaven. Hahahaha. Pergi tu naik kereta boss. Die pakai proton suprima s. Mcm best la rasa. Lepas tu pulak material kerusi tu leather. Mcm mewah laa kereta tu.

And die ade button utk start engine mcm prius kita. Tp prius kita asalkan kunci ade dalam kereta, die dah boleh start walaupun kunci tu dlm handbag passenger belakang. Tp suprima s nie kena insert key die baru leh tekan start button tu.

tp mcm okay laaa. Nice. Sekali tengok harga rm70k++ kau! Tokojut eden .. kalau aku cakap kt ibu nak kereta tu bila dah kerja nanti, confirm die bangkang sbb dah alang2 baik beli toyota ke, honda ke. Sama je nilai.

so target aku nak kejar kete nie dulu bila dah start kerja betul2. So far google complaint proton suprima s nie, tak jumpa. Banyak preve je. So okay la tu kot tade complaint.

Die ade 3 category .. standard, executive and premium .. i berkenan premium la. Tp harga 79k++ nak metallic la. Haaa .. so kita tengok cmne. Kerja nanti dah ade gaji semua, baru calculate balik. Mampu tak mampu nak bayar segala road tax, insurance, maintenance kereta tu.

Okay la.. nak p usha kereta tu kejap. Adioss. Bye bye.

Thursday, April 9, 2015

mimpi kita 2

Assalamualaikum ..

so hari tu ade mimpi pelik lagi. Kali nie mimpi dimana ibu mem-provoke dan memaksa aku mengaku aku suka abg fendi sbb mulut tak habis2 citer pasal die. And punya la dalam mimpi sekeras2 menafikan, ibu pulak sekeras mem-provoke dan memaksa utk aku mengaku.

Then terus terjaga sebab alarm clock dah bunyi menandakan pukul 6pg. Kena bangun pergi kerja. Lepas tu tengah siap2 lilit shawl, ibu dtg and ckp "selalu dengar nama abg fendi. Nie dah gaduh, tak dengar dah."

Iolls mmg terkesima la jugak sbb for a moments rasa mimpi tu real .. then bila sedar, yang first tu mmg mimpi. Second tu real. Tp pelik betul kebetulan tu. Adakah ibu pun dapat mimpi yang sama?

Mmg pelik mimpi kita kali nie.

Aku nak suka kt boss aku sndri? Puhhhh lisssssss ... no no no no no! A very big NO!.

Hahahah .. okay. Bye.

Wednesday, April 8, 2015

takde life

Assalamualaikum ..

hai hai hai hai ..

sejak praktikal nie, hidup rasa mcm tade life .. pergi kerja 6-6.30 pg. Sampai rumah 7-7.30 malam. Then dinner. Lepas tu rehat kejap, g mandi la ape kul 9 mlm dah ready nak tidur. Itu la rutin harian org yg bernama husna nie.


Hujung minggu qada tidur ataupun settlekan hal rumah mcm pergi beli barang dapur, shopping buku sbb mph dengan nau nau ngn rumah and marathon cerita2 yg ter-miss ..

klu rasa nak tengok movie time hari kerja, masa tengah dinner layan jap movies2 yg direcord mcm contoh divergent, the mortal instruments city of bones. Nak habiskan divergent sahaja memerlukan 3 hari ..

sbb lepas habis dinner tutup and pergi mandi semua. Kul 9 mlm mmg mata layu sgt. Mood nak tengok tv or buat ape2 pun masa hari bekerja mmg tade.

zaman belajar lg syok. Kdg2 kelas cancel, g gym, melepak dgn kawan2, tidur lambat layan movie. Sekarang jangan harap la aku nak tidur lambat yg smpi kadang2 tak tidur 24 hours.

Sabtu ahad pun kul 9 mlm layu .. lepas subuh pun klu tidur balik pun, paling2 lewat kul 11 bangun dah. Klu dlu, lepas subuh tidur balik, alamat zuhur la baru bangun.

Kawan2 ajak lepak pun tak mampu nak pergi.

Nie baru praktikal. Kalau real life tak tahu la cmne. Hahahaha.


okay la. Nak mandi, mkn .. bye bye ..

Tuesday, April 7, 2015

untitled

I dah buat part i which is bagitau you ape yg i tak puas hati and all. U dont respond so it is up to you. I banyak benda lagi nak fikir selain fikir you or mintak maaf. Klu nak i mintak maaf maybe u should respond and we can talk.

So that day i am ready to talk and maybe apologizes. But seems u dont care. So it is fine with me. Go ahead. Find somebody else yg maybe lebih appreciate you dari i or whatever man.

Lelaki yg perangai mcm nie mmg tak fhm ..


Wednesday, April 1, 2015

minggu yang stress

Assalamualaikum and hai hai

so minggu nie adalah minggu paling stress sebab jumaat nie nak kena submit research proposal. Pening kepala aku. Oh pasal mimpi, i tade dah mimpi pelik2 mcm tu. Mungkin sbb sekarang hari berkerja, so penat bekerja mengatasi.

Hahahhaha .. sampai sekarang tertanya pasal mimpi minggu lepas. Tp disebabkan mimpi nie kadang2 permainan tidur, so tak yah nak difikirkan dan dilayankan sangat. Maybe saja nak kasi iolls bangun awal kot sbb bila terjaga je dari kedua2 mimpi tu, jam baru pukul 10.

Awal la tu bangun pukul 10pg. Selalu kita bangun pukul 11 ke atas. Bergantung pada kepenatan. Tp sejak kerja nie memang paling lambat kul 11pg bangun ..

Hahahahaha .. okay ..

harap mimpi2 mcm tu tak dtg lg. Lepas mimpi scene i awkward gila dgn hasben, ibu ajak g pasar. Sekali sampai kt pasar nampak sayur petola. Tangan aku cepat je nak call si fany tu tny betul ke tak die makan sayur petola. Sekali cancel sbb baru sedar tu mimpi. Mcm real!

Part pegang pergelangan abg fendi mnx jgn pukul aku tu pun rasa real. Ape daaaaa. Dasyat nau mimpi aku nie.

Lately nie aku bila hujung2 minggu cmnie la asyik dpt mimpi mcm2. Mcm kelakar, mcm tkot, mcm pelik. Before this as i remembered la last mimpi masa umur 6 tahun. Aku punya mimpi tu mmg horror la .. then sejak tu tak pernah mimpi sampai la umur 10 tahun. Tu pun sbb aku g bantai tgok cerita momok dekat maghrib. Ade scenes dlm cerita tu masuk mimpi.

Lepas tu aku tak mimpi ape2. Takpun mybe aku lupa bnyk part mimpi aku. Tp seingat aku, mmg tak pernah mimpi ape2. Sedar2 je alarm clock bunyi, sedar2 je ade org kejutkan.

lately nie pulak mimpi, dan ingt jalan cerita dlm mimpi. Ade kata konon aku fikirkan sgt sesuatu tu yg jadi mimpi. Nonsense. Aku selalu tidur dengan clear mind. Nak buat ape aku fikirkan si abg fendi tu sebelum tidur? Mmg tak laaaa ..


hai ... mmg misteri sungguh la mimpi kita nie ..

okay la. Blah dlu laaa. Pening kepala.

P/s : adakah mksud mimpi tu nak suruh aku ajar fany mkn sayur petola?

Monday, March 30, 2015

mimpi kita

Assalamualaikum and hai ..


okay minggu lepas i have a weird dream. Satu pelik dan satu lagi scary. Nak cerita yang weird dulu. Citer die mcm nie ..

Out of no where, i bangun pagi and seorang lelaki tengah kemas2 rumah and ade kawan2 kyra yang tengah tidur sekali dekat ruang tamu. Bila i tengok je die tengah kemas2 rumah die, i know we are husband and wife.

Tp sangat awkward and we all mcm tak pernah kenal. Tapi die sangat cool and slumber. Then die suruh i lunch. So while i tengah lunch sambil tengok die kemas rumah, die approach one of my friend yg tengah baring nak ambil something yg kawan i pegang.

kawan i terkejut masa tu then turn out it was farahani. Then die bangun dan duduk dengan i kt meja makan. Sementara kawan sorg lagi dalam toilet. Then farahani angkt mangkuk yang ade sup sayur petola and i tny die "sejak bila kau mkn sayur petola?" And kitaorg bergaduh jugak la sbb i thought die mmg tak makan sayur petola and die pulak claim die memang makan sayur petola.

then kawan yg dlm bilik air keluar, die ckp ade paip patah something and die pegang paip tu. So hasben i terus "jahanam rumah aku. Korg nie duduk elok2 tak boleh ke?"

Then i terus terjaga and mcm terfikir, apsal kawan2 i ade kt rumah i dgn hasben i? Kenapa i mcm awkward gila dgn hasben i? Kenapa farahani mkn sayur petola tu? In reality die tak makan sayur. Oh em geeee. Pelik nak mampus mimpi.

Second mimpi on the next day, i mimpi i gaduh dengan my senior exec Mr.affendi. die pukul i dah mcm org gila. I pulak tak nangis or ape. Just begging him to stop. Then i just let him pukul, tendang i sampai la i pengsan. Then i terjaga.

so again big question mark kenapa die pukul i tetiba? Mmg la ade incident dimana kitaorg bergaduh dlm company. Tp yg i mimpi die tibai i seteruk tu dah kenapa? Dah la i tak nangis. I siap pegang pergelangan tangan die tu stop die dari pukul i. Tak dpt pukul dengan tgn, die guna lutut dan kaki.

Sangat pelik dan misteri la mimpi kita nie .. tertanya2 smpi skrg. And i seolah2 btul2 pegang tgn die utk stop die jgn pukul i. Uuuuuuuuuu. Apekah makna semua ini?

Okay la. Nak sambung kerja. Bye.

Monday, March 23, 2015

opinion

Assalamualaikum and hai hai hai ..

haaaaa. Td ade situasi di wechat dimana kawan saya telah mengeluarkan kata2 berkenaan couple yg selalu show off their relationship and kyra ada jugak kawan yg mmg show off diorg punya relationship. Adakah ditujukan ke dia? Hanya yg menulis tu saja tahu.

Kihkihkih .. so dah alang2 nampak siuasi itu, marilah kita kongsi pendapat kita. To me la, i mungkin akan show off my relationship i. Tp heboh kt instagram sahaja. Hehehehe. Tempat lain i tak meroyan.

Tu pun berpada la kot sebab macam malu je nak tunjuk kt org. Lg2 kalau putus nanti. Tp ade jugak plan nnti bila nak akad nikah baru upload gambar semua. So mcm diam je and tup tup2 dah nikah.

Haaaaa... gituhhhhhh. Tp tengok la mcm ne. Jodoh i masih otw lg. Kihkihkih.

have a nice day korg. Bye bye.


Wednesday, March 18, 2015

meltinggggggggggggf

Assalamualaikum .. hai hai hai hai ..

bertemu lagi kita. Hahahahahahahah. So okay, hari nie i jumpa lagi that guy. Hati ape lagi terus berdegup laju la nampak die. Adoiiii. Then die settlekan kerja die kt office . Ptu iolls nampak die ready nak solat masa lunch tu.


Oh maiiiii terus rasa macam .......... i olls nie memang cepat melting tengok lelaki solat. Dlu zaman matriks, i ade minat someone then i nampk die solat. I stop and usha je die solat. Then zaman kt kampus pun mcm tu jugak. Now zaman kerja nie pun sama.


Tak tahu la nak cakap ape tapi lelaki yg solat nie kan macam ade aura je. Bila tengok tu sejuk je hati rasa. Hahahahahaha. I mmg suka la. Dlu masa kecik2 tgok abah solat. Tak tahu laa. Tp mmg rasa melting sangat tengok lelaki tengah solat, pakai kain pelikat ..

kihkihkihkih. Ape la jadi kt i nieeeeeee.

okay la you olls. I nak g kedai beli barang. Bye . See you again.

Tuesday, March 17, 2015

perasaan

Assalamualaikum ..

hai hai hai ..

Lately nie asyik berperang dengan perasaan sendiri. Rasa macam dah jatuh cinta. Hahahahaha. It is so weird .. tak pernah la rasa macam nie before this. Setiap hari asal takde ape nak buat, terus otak nie terfikir die.

lepas tu berdebar semacam je bila fikir die and nervous sgt bila nampak die which is i am so glad kadang2 je nampak die. Tp nervous die macam nak g amek exam.

Tapi nie la iolls. Kang lama2 tak rasa ape2 dah. Dah bosan. Lgpun tengok dari gaya macam mission impossible sangat la nak jadi love relationship. Well pelbagai faktor la yang buatkan iolls rasa mmg impossible la.

Sangat misteri la bakal husband iolls nie. Siapalah husband iolls nie kan? So silalah tunggu. Ade kawan cakap die dah penat tunggu iolls berpunya. Well, die akan datang one day jugak ..

saya tunggu awak dengan sabar .. kihkihkihkihkih ..

okay la ... bye bye bye ..

Saturday, March 7, 2015

sabtudayyyyyyy

Assalamualaikum ..

hai hai hai ..

Rajin tak iolls update? Bahahahaha .. bosan tak tahu nak buat ape cuti2 nie. Heaven je bangun pagi tanpa kunci jam. Ohoi. Hahahaha. So what's your lunch today? Kita brunch terus. Sbb duk bergolek2 atas katil dengan bilik gelap sbb langsir tebal.


Awal dah bangun. Tp duk terbaring main fone, golek2 atas katil. Hahahaha. Esok dah bersuami takde kot nak golek2 atas katil, kitaorg g breakfast, shopping brg dapur. Hahhahaha. Berangan sangat.

Plannya nak tamatkan zaman bujang b4 25 .. gituuhhhh. Insya-Allah diizinkan haaaa. Kira ade 3 tahun la. Iolls dah 22 tahun nie. Kita tak tahu masa depan kan. Haaa sekali mggu depan jodoh jatuh dri langit. Hahahaba.


bersangka baik dengan perancangan Allah. So adalah masa 3 tahun nak mempersiapkan diri jadi isteri org nie. Bahahahaha. Siapakah calon2 nya suami iolls? Tungggggguuuuuuuuuu.

yg penting, iolls nak kerja. Nak ade income sndri so tak perlu bergantung pada ibu abah dah. Dah boleh tolong bayar2 bil2 rumah, shopping pakai duit sendiri. Bayat duit insurance, investment unit trust.

Okay la. Nak tgok tv. Drama korea iolls dah mula. Bye bye.

Friday, March 6, 2015

merapu meraban

Assalamualaikum guys and haiiii ..

so pagi nie terajin pulaks update blog nie. Dengan mega semua pun boleh. I lap you mega. So lets merapu meraban pagi nie ..

smlm balik dari kerja, terus mandi and all then tengok la cerita teman lelaki upahan kt tv 3 tu. Dah nak habis dah. Then ending smlm tunjuk la heroin dgn ex die pergi jumpa mak die then ex die punya wife call ajak lunch.

tp ex tu ckp die g lunch dgn kawan die tp terkantoi. Wife die nampak die dengan heroin tu. Then tamat la cerita. Then accidentally i was say it out loud, klu yah la bu, yah g je kt husband ptu ckp "eh. Abg kata tengah lunch. Nie bru keluar kereta nie. So jom lunch".

So pretend mcm tade ape. Then tambah pulak die nak dtg, then datang. Die nak pergi, pergi. Tak payah nak paksa. Then my mom terus "haaa.. bagus anak ibu nie. Tiqah, kau ptut belajar dengan adik kau ni."

So kitaorg gelak2 jela. Then kakak ckp "a'ah .. mmg la die kasi pergi, lepas tu die membabikan mamat tu.

Bahahahahaha. I have this habit when i am so angry to that person i will curse that person la. So mostly perkataan babi tu pulak banyak. I marah kt benda pun kena jugak.

To my opinion, biar la i membabikan ex dari i merayu menangis suruh die stay dengan i. Therapy jugak la untuk move on. Y i tak nak merayu menangis melutut, sebab the hearts is no longer for me. Klu die stay pun, i cuma dpt jasad die je. So let it go. Klu die ade hati kt iolls, he wouldn't do that.

that's the logic yang i pegang la. Tp kalau real situation mcm tu jadi kt i, i rileks je kot sbb he is my husband now. So paling2 pun i akan tny kenapa tak ckp perkara sebenar. Tu je. He is married to me. So die dah pilih i. So whoever yg keluar dgn die would be nothing to me laa. Klu tetiba die tersuka ke ape, then we will back to my logic la. You want to go then go.

Then klu die pergi then kita membabikan die. Settle.

so okay la. Nak siapkan kerja. Bye.

Thursday, March 5, 2015

busy dan penat

Assalamualaikum ...

hai hai hai hai ..

so kyra dah lost track dah minggu ke berapa praktikal. Busy dengan kerja, nak hadap perangai boss yg mcm2 nie. But so far i am getting used to it. Dah mula faham perangai boss2, dah faham dah ape yg boss2 nak, kerja bertambah efficient.

skill komputer pun semakin baik. Dulu mmg pandai guna pun. Sekarang bertambah2 pandai guna. Words, excel semua dah pro habis dah. Bahahahah. So guys, please. Master the skill. Senang nak kerja nanti.

Mmg takde life bila dah mula kerja. Pergi kerja pukul 6.30 pg. 7.30 ptg baru sampai rumah. Mandi2, pukul 9-9.30 dah pengsan. Pukul 5.30pg dah bangun pergi kerja semula.

tu la rutin iolls. Pergi kerja balik kerja. Sabtu ahad qada' waktu tidur .. rehat puas2, teman ibu shopping brg dapur, beli makanan ikan and baru fikir ape nak beli utk diri sndri.

What a life ..... bru praktikal dah mcm nie. Tak tahu la klu dah kerja betul2. Kikikikiki. Rindu nak ke kampus, pergi kelas. Kalau dlu bengang kelas pack dri isnin smpi jumaat pg smpi ptg.

But actually, setiap hari ade je kelas cncel or gap in between. Tp kerja offices? Hell no! 8.30am mula office hours smpi la 5.30pm. Lunch break 1 hour only. Jumaat lama sikit 2 jam stgh.

Mmg different life masa kerja dgn blajar.. aiyoooo.





Lama bebeno tak upload gambar iollskan? So iolls belanja la gambar2 acah2 cute. Mana tade spec tu pakai lens. masa study pakai lens hanya bila ada event je. Skrg kerja baru fully pakai lens.

Kikiki. Tp iolls tetap chubby.. tiada yang berubah. Hahaha. Tudung je ubah. Sekarang tade makna nak pakai bawal. Sekarang layan wide shawl je. Kikikiki senang. Lilit je.

So okay la. Nak sambung buat kerja. See you later guys.

Bye bye ..


Wednesday, January 28, 2015

internship

assalamualaikum ..

hai hai hai ..

so hari nie hari ketiga kyra ber-internship. kikikikiki. 3 hari yang sangat memenatkan. sekarang nie pun update dengan perasaan yang mengantuk. hehehe.

so kyra praktikal di petaling jaya. so berulang alik dari bangi ke petaling jaya. pergi balik mengadap jammed yang sangat teruk. mmg ade chances nak kurus. hahaha. sbb balik2 dah pukul 7. pukul 9 pg dah pengsan and pukul 5pg dah bangun.

actually perjalanan cuma sejam je. tp sbb jammed and kalau2 ade accident lg lambat. tu yang decide keluar awal. before 6.15 dah blah dah. sbb takut ade jammed and so on. kalau sampai awal, kyra akan take a nap sebentar dlm kereta. kikiki.

so i have two boss. one manager Kak Mala and one senior executive for my department yang cukup sekadar aku tulis Mr.A. Praktikal is a real stuff and yes, diorg memang anggap kita nie macam pekerja tetap. according to the annual plan, akan ade exhibition, outstation. so kena la ikut plan tu jadi.

kak mala was being nice to me. bagi tips2 and die warning aku untuk dress up like corporate people as my company is deal with government people, authorities. is not selling your product to the customer macam kt mall. this is serious business where we need to grab tender for company.

so memang banyk tips la. for start, i will handling phone call from customer who want to order our product. kak mala nak tengok la macam mana aku nie melayan orang. and kata kak mala, kena confident. so here i am trying to kumpul2 kan confident aku utk bercakap dengan client and jumpa client.

and if kak mala tak ada, aku akan buat kerja yang Mr.A bagi. Mr.A punya kerja more to clerical work. so buat jela. at least tahu. nnti boleh buat sendiri. so due to my working condition, ibu also help me dengan bangun pagi buatkan breakfast.

tp disebabkan kyra tak biasa breakfast, i couldn't eat in the morning. so makanan tu terus dibawa ke tengah hari. so save duit. and my tok pulak will kemas my room so that i will not having a bad mood bila balik rumah lepas kerja. bukan i tak kemas, tapi me kan? kemas gituh2 lepas tu terus ke office.

tok tolong memperkemaskan lagi. so thank you a lot ibu and tok. sangat2 membantu dan memahami. Mr.A agak kasar sikit well die lelaki. of course kasar. so kita ikutkan jela ape yang die nak tanpa mempersoalkannya. lagipun aku cuma budak praktikal.

so tu jela. oke bye bye.

Sunday, January 11, 2015

semakin dekat

assalamualaikum dan haiiii hai hai hai 

haaaa .. semakin dekat ape tu? Bukan kawen ke ape. Tp semakin dekat nak habis paper. Yihaaaaaaa. Ade lg 3 paper then merdeka. Aku boleh campak semua buku tu and fokus pada praktikal dan juga thesis. Ohoi.

lg 9 hari je lagi nak balik. Lepas tu 26januari dah mula praktikal. Cuti beberapa hari je. Huhuhu. Tak kisah la. Masa praktikal pun stay dekat rumah. So cuti la tu kira. 

And now, kyra more to dayre.me. mcm blog jugak. Tp words terhad. So anything info boleh follow iolls kt @husna_kyra. Kihkihkih. Lg senang nak access dayre.me dari blog. Huhuhu

so lg 4 hari abah ibu kakak balik dari umrah .. kakak sekarang tak sihat. Kesin die. Semoga cepat sembuh okay? Harap selamat sampai. Me miss all of you so much .. my cinta hati gituh. 

So plan hari nie nak study and keluar shopping brg mknn kejap. Study buat past year question dulu. Nnti kalau rajin baru baca nota. 3 paper yg lepas ikutkan boleh la jawab. Alhamdulillah. Tengok je soalan membuak2 jawapan nak keluar. Hahahahaha.

Harap lulus semua so boleh la praktikal dengan senang hati. Ooooiiii.. tak sabar nak praktikal. Bukan ape, sbb nnti duduk dgn ibu. So senang sikit. Makan pakai terjaga gitu. Tak payah fikir rumah sewa semua.

disebabkan praktikal dekat petaling jaya and only takes me 45 minutes to get there, so guna kereta abah. Lgpun abah mostly stay rumah. Tp kalau abah main golf, discuss later. Hahahaa.Itu 45min tak jammed. Kalau jammed, dasyat sungguh. Ibu cakap kena keluar 6.30pg. Oh mai .. kalau betul la, gilaaaaaa la wei. Nak keluar 6.30 pg. 

Kalau pergi kerja macam tu, balik pun mesti mcm tu. Oh maiii .. hari3 kena redah jammed. Confirm terlepas drama pukul 7mlm iollsss. Dah la abg zul ariffin berlakon. Tp takpe la .. we will see about it. And ahad nie nak ajak abah teman cari office tempat praktikal tu. Biar tahu kat mana. So isnin tu boleh pergi dengan senang hati tanpa perlu abah hntr. Kesian abah pg2 nanti nak hantar kita g praktikal. Nak redah jammed lg.

nervous pulak fikir praktikal. A new environment. Dah la tak reti nak beramah mesra. Aku nie kalau dgn org tak kenal beku je. Well try jela berbual. Try to mingle dgn officemate kata kau. Heheheh. Okay la. Bye2.