kyra punya lagu

Tuesday, April 28, 2015

fakta

Assalamualaikum and hai hai hai hai ..



Terjumpa kt fb .. fakta anak kedua. Iolls anak kedua.

Yang rasanya paling tepat adalah stalker berjaya. Selalu stalk org yang kita sayang laaa. Adik ngn kakak selalu bising bila aku ckp aku stalk org. Bahahhahah. Sbb too details. Kalau retis lg senang. Siap ketinggian, darah jenis ape pun aku tau.

Aku nie jenis curiosity can kills 100 cats. Hahahaha. Kan ade pepatah curiosity can kill the cats. Tahap curiosity aku nie mampu membunuh kucing sebanyak 100 ekor dalam satu2 masa.

Nak pulak hidup di era teknologi .. google aje. Terpampang depan mata. Kihkihkih .

And yes. Aku nie mmg agak pendiam bila dgn org yang aku tak biasa or baru kenal. Sampai ade kata aku nie passive. Kih kih kih .. cer kome terai bila aku dah biasa dgn meng-kome. Idok ler terlayan .. satu lg, aku nie jenis cepat tangkap sikit.

Tak payah la cuba nak menipu dan pusing aku sana sini. Cepat nau aku faham ape yg disorokkan, ape yang cuba disampaikan dan sebagainya. Die mcm pepatah sekilas ikan di air, dah tahu jantan betina. Haaaa. Gituhhhhh. Tp selalu org tak fhm aku sbb aku pandai cover rahsia aku sndri. Sbb aku nie jenis pandai cover, tu aku senang fhm org sekeliling aku. Tp sekali aku teka ape korg cuba sampaikan, mmg korang akan sakit hati sndri la sbb betul ..

my instinct almost always right. Kalau aku ckp, mmg insya-Allah akan jadi. Bukan la ramal ke ape. Tp aku selalu buat keputusan lepas amek kira ape kata hati dan otak. 50% hati 50% otak. Tak berat mana2 belah. Korang kalau nak tipu aku, IQ kasi tinggi. Kalau nmpk pun mcm berjaya tipu aku, sebenarnya tak pun. Aku je malas nak gaduh dan panjang2kan hal.

Cerewet tu almost tepat laa .. ade certain benda aku cerewat sampai tahap mcm OCD. Hahahah. Degil tu pun iyer jugak. Bila dah banyak kali bertolak ansur dan mengalah, bru dtg degil die.

Dan yang paling tepat sekali, aku mmg kerja last minute. Sbb aku kan pandai predict masa. So last minute pun tetap menjadi. Hahahha. Aku mmg tak reti nak buat kerja awal2. Semua kena last minute sbb masa tu mcm adrenalin tu meningkat and mcm2 hormon lain jugak naik menyebabkan otak aku cepat berfikir idea2 dan sebagainya. So i don't stress due to last minute work. Tp stress bila buat kerja awal2.


Hehehe .. okay la. Nak sambung kerja.

Tuesday, April 14, 2015

timing

Assalamualaikum ..


hai hai hai ..

sy tengah bersarapan nie. Kihkihkihkih ..

so semalam aku tidur rumah setapak sebab tunggu abah sampai dari penang and sebab dah tengah malam, so decide tidur rumah setapak sbb dekat and mmg aku kena stay setapak sampai hari khamis.

Sbb abah nak main golf. Then since minggu lepas mmg stay setapak and pergi kerja naik lrt, kita tahu la masa die semua. So dah boleh agak masa perjalanan tu.

Abah pulak tak tahu, so die kibut la pagi tadi. Siap bebel la semua. Lepas tu 7.10 keluar rumah, die sibuk tanya tak lambat ke? Dari rumah sampai ke stesen lrt duk tny. Adoii.

Berjaya sampai office pukul 8.20. See. Saya nie part2 timing is always right. Dalam family paling kibut adalah tok. Lepas tu abah. Lepas tu ibu. Since membesar dgn tok, tok mmg ajar diri jadi punctual. Slogan tok "biar kita tunggu orang. Jgn kasi orang tunggu kita."

So aku memang benci dengan orang yg tak menepati wktu tanpa sebab. Dulu kalau kata pukul 12.30p.m makcik bas nak datang amek, 12.00p.m aku dah terpacak depan rumah lengkap segalanya. Ptu tok akan teman duduk depan pntu rumah.

Kalau kata dah tunggu lepas tu teringat barang yg lupa bawak, hah! Tok memang akan bising gila. Padahal jam baru 12.10pm masa tu.

So automatik, kita mcm terbiasa. Mmg tak reti nak buat lambat2. Bila orang set je time, terus dalam kepala congak masa. Dari masa bangun pukul berapa sampai la nak siap semua and masa nak start keluar dari rumah supaya sampai je dekat destinasi mmg ikut masa die.

kalau lambat, die terus dtg perasaan serba salah tu. Kadang2 sampai rasa nak nangis sbb dah lambat. Masa tu mmg panik gila la. Sampai mcm tu rasa die. Tapi almost kawan2 saya jenis tak menepati masa. Ade yang sampai ke tahap lambat setengah jam.

Memang sabar jela. Tak mampu nak cakap ape2. Menangis dalam hati je bila diorg macam tu. Sbb u can't expect people mcm you. So since me, virgo always ade expectation yang tinggi pada org lain, setiap kali diorg tak capai expectation tu, mmg sedih la. Sakit je hati.

Tp nak buat macam mana. Iolls mmg sentiasa ade expectation yang tinggi pada orang2 sekeliling tapi akhirnya dikecewakan setiap kali itu jugak. Hahahaha.

So dear future hasben, tolong jangan lambat datang majlis kita. Mahu saya nangis nanti cancel majlis. Hahaha. Okay la. Nak kerja. Bye2.

Friday, April 10, 2015

target

Assalamualaikum ..

hai hai hai hai ..

Hari tu, advisor company belanja makan. Die belanja makan dekat tropicana golf and country club. Mak oiiii ..... dulu rajin la makan kt tempat2 mcm tu sbb abah dulu banyak jadi member. Biasa lah .. golf.

now, abah tak banyak main golf merata. So bnyk la membership yang abah tak continue. Boss belanja. Selalu aku makan je breakfast yang company prepare sbb selalu bawak bekal sendiri. So breakfast company bawak ke lunch.

Tp kali nie die belanja. Ape lg. Bedal la. Aku order fish and chips since i like fish so much. Dlm ranking pemakanan, i suka ikan then ayam bru daging.

Lepas tu dessert banana boat ice-cream. Heaven. Hahahaha. Pergi tu naik kereta boss. Die pakai proton suprima s. Mcm best la rasa. Lepas tu pulak material kerusi tu leather. Mcm mewah laa kereta tu.

And die ade button utk start engine mcm prius kita. Tp prius kita asalkan kunci ade dalam kereta, die dah boleh start walaupun kunci tu dlm handbag passenger belakang. Tp suprima s nie kena insert key die baru leh tekan start button tu.

tp mcm okay laaa. Nice. Sekali tengok harga rm70k++ kau! Tokojut eden .. kalau aku cakap kt ibu nak kereta tu bila dah kerja nanti, confirm die bangkang sbb dah alang2 baik beli toyota ke, honda ke. Sama je nilai.

so target aku nak kejar kete nie dulu bila dah start kerja betul2. So far google complaint proton suprima s nie, tak jumpa. Banyak preve je. So okay la tu kot tade complaint.

Die ade 3 category .. standard, executive and premium .. i berkenan premium la. Tp harga 79k++ nak metallic la. Haaa .. so kita tengok cmne. Kerja nanti dah ade gaji semua, baru calculate balik. Mampu tak mampu nak bayar segala road tax, insurance, maintenance kereta tu.

Okay la.. nak p usha kereta tu kejap. Adioss. Bye bye.

Thursday, April 9, 2015

mimpi kita 2

Assalamualaikum ..

so hari tu ade mimpi pelik lagi. Kali nie mimpi dimana ibu mem-provoke dan memaksa aku mengaku aku suka abg fendi sbb mulut tak habis2 citer pasal die. And punya la dalam mimpi sekeras2 menafikan, ibu pulak sekeras mem-provoke dan memaksa utk aku mengaku.

Then terus terjaga sebab alarm clock dah bunyi menandakan pukul 6pg. Kena bangun pergi kerja. Lepas tu tengah siap2 lilit shawl, ibu dtg and ckp "selalu dengar nama abg fendi. Nie dah gaduh, tak dengar dah."

Iolls mmg terkesima la jugak sbb for a moments rasa mimpi tu real .. then bila sedar, yang first tu mmg mimpi. Second tu real. Tp pelik betul kebetulan tu. Adakah ibu pun dapat mimpi yang sama?

Mmg pelik mimpi kita kali nie.

Aku nak suka kt boss aku sndri? Puhhhh lisssssss ... no no no no no! A very big NO!.

Hahahah .. okay. Bye.

Wednesday, April 8, 2015

takde life

Assalamualaikum ..

hai hai hai hai ..

sejak praktikal nie, hidup rasa mcm tade life .. pergi kerja 6-6.30 pg. Sampai rumah 7-7.30 malam. Then dinner. Lepas tu rehat kejap, g mandi la ape kul 9 mlm dah ready nak tidur. Itu la rutin harian org yg bernama husna nie.


Hujung minggu qada tidur ataupun settlekan hal rumah mcm pergi beli barang dapur, shopping buku sbb mph dengan nau nau ngn rumah and marathon cerita2 yg ter-miss ..

klu rasa nak tengok movie time hari kerja, masa tengah dinner layan jap movies2 yg direcord mcm contoh divergent, the mortal instruments city of bones. Nak habiskan divergent sahaja memerlukan 3 hari ..

sbb lepas habis dinner tutup and pergi mandi semua. Kul 9 mlm mmg mata layu sgt. Mood nak tengok tv or buat ape2 pun masa hari bekerja mmg tade.

zaman belajar lg syok. Kdg2 kelas cancel, g gym, melepak dgn kawan2, tidur lambat layan movie. Sekarang jangan harap la aku nak tidur lambat yg smpi kadang2 tak tidur 24 hours.

Sabtu ahad pun kul 9 mlm layu .. lepas subuh pun klu tidur balik pun, paling2 lewat kul 11 bangun dah. Klu dlu, lepas subuh tidur balik, alamat zuhur la baru bangun.

Kawan2 ajak lepak pun tak mampu nak pergi.

Nie baru praktikal. Kalau real life tak tahu la cmne. Hahahaha.


okay la. Nak mandi, mkn .. bye bye ..

Tuesday, April 7, 2015

untitled

I dah buat part i which is bagitau you ape yg i tak puas hati and all. U dont respond so it is up to you. I banyak benda lagi nak fikir selain fikir you or mintak maaf. Klu nak i mintak maaf maybe u should respond and we can talk.

So that day i am ready to talk and maybe apologizes. But seems u dont care. So it is fine with me. Go ahead. Find somebody else yg maybe lebih appreciate you dari i or whatever man.

Lelaki yg perangai mcm nie mmg tak fhm ..


Wednesday, April 1, 2015

minggu yang stress

Assalamualaikum and hai hai

so minggu nie adalah minggu paling stress sebab jumaat nie nak kena submit research proposal. Pening kepala aku. Oh pasal mimpi, i tade dah mimpi pelik2 mcm tu. Mungkin sbb sekarang hari berkerja, so penat bekerja mengatasi.

Hahahhaha .. sampai sekarang tertanya pasal mimpi minggu lepas. Tp disebabkan mimpi nie kadang2 permainan tidur, so tak yah nak difikirkan dan dilayankan sangat. Maybe saja nak kasi iolls bangun awal kot sbb bila terjaga je dari kedua2 mimpi tu, jam baru pukul 10.

Awal la tu bangun pukul 10pg. Selalu kita bangun pukul 11 ke atas. Bergantung pada kepenatan. Tp sejak kerja nie memang paling lambat kul 11pg bangun ..

Hahahahaha .. okay ..

harap mimpi2 mcm tu tak dtg lg. Lepas mimpi scene i awkward gila dgn hasben, ibu ajak g pasar. Sekali sampai kt pasar nampak sayur petola. Tangan aku cepat je nak call si fany tu tny betul ke tak die makan sayur petola. Sekali cancel sbb baru sedar tu mimpi. Mcm real!

Part pegang pergelangan abg fendi mnx jgn pukul aku tu pun rasa real. Ape daaaaa. Dasyat nau mimpi aku nie.

Lately nie aku bila hujung2 minggu cmnie la asyik dpt mimpi mcm2. Mcm kelakar, mcm tkot, mcm pelik. Before this as i remembered la last mimpi masa umur 6 tahun. Aku punya mimpi tu mmg horror la .. then sejak tu tak pernah mimpi sampai la umur 10 tahun. Tu pun sbb aku g bantai tgok cerita momok dekat maghrib. Ade scenes dlm cerita tu masuk mimpi.

Lepas tu aku tak mimpi ape2. Takpun mybe aku lupa bnyk part mimpi aku. Tp seingat aku, mmg tak pernah mimpi ape2. Sedar2 je alarm clock bunyi, sedar2 je ade org kejutkan.

lately nie pulak mimpi, dan ingt jalan cerita dlm mimpi. Ade kata konon aku fikirkan sgt sesuatu tu yg jadi mimpi. Nonsense. Aku selalu tidur dengan clear mind. Nak buat ape aku fikirkan si abg fendi tu sebelum tidur? Mmg tak laaaa ..


hai ... mmg misteri sungguh la mimpi kita nie ..

okay la. Blah dlu laaa. Pening kepala.

P/s : adakah mksud mimpi tu nak suruh aku ajar fany mkn sayur petola?