kyra punya lagu

Wednesday, October 28, 2015

menganggur

assalamualaikum ..


lama betul tak update blog nie. bukan sibuk tp malas. hahaha. dah berapa bulan menganggur duk rumah je. tp esok sampai la 9/11 ade la buat part time kerja. boleh la tu sementara tunggu nak kerja. hehehe.

so selalu menulis kt sini bila ade benda menganggu fikiran. sekarang yang menganggu fikiran adalah radzie. yup. my crush when i was at matriks. hahahaha. tersuka dekat ketua kelas sendiri. lawak pulak bila fikir. so here we go.

lepas je habis matriks, mmg tade ape2 pun perasaan dah kt die sampai ke tahap tak pernah fikir pun pasal die dalam masa 2 tahun lebih nie sbb last jumpa masa april 2012 final matriks. habis je exam, gua dah blah balik kl sbb kena kosongkan asrama b4 4pm.

tetiba this morning, i mimpikan die. mmg pelik la. nak tergelak pun ade sbb dlm bnyk2 org yg kenal, die plak boleh sesat dlm mimpi tu. and dah la mimpi tu pun pelik. firstly, aku tetiba tengah kemas baju kt asrama universiti sambil die tengok aku kemas. masa tu aku tak tahu sape sbb muka die tak nampak. aku just kemas and bebel ckp "kenapa kena pindah asrama? bia jela kt sini." lepas tu die marah "kemas jela. bnyk bunyi.

lepas tu die bawakkan brg and jalan depan aku. aku masih bebel. serius tertanya siapa la mamat nie. dah la semak marahkan aku. lepas tu die hempas beg and pandang aku, "i am your husband. so tolong la ikut je. sy nak awak pindah bilik." masa tu mcm nak jatuh jantung aku. sekali radzie dah. siap dah jd husband wei. kejadah sial. hahahahahah.

patu aku sampai bilik asrama baru. rupanya universiti tu ade 3 jenis asrama. asrama for girls, asrama for boys and asrama campur. so die bawak aku stay asrama campur tu. bilik aku depan bilik die. hahahahaha. lg pelik. ingat nie citer mat salleh ke mcm quantico tu yg asrama diorg campur laki perempuan siap share bilik air.

adoi adoi adoi .. then aku start kemas brg aku. die masih lagi tengok. kuang asam. bukan nak tolong. hahahaha. then die masuk bilik die, aku kemas brg2 aku dan bilik. habis kemas, aku g bilik die, tengok die rileks. roomate tade. then aku lepak la dgn die. sekali die ckp nak mandi. lepas tu suruh aku mandikan die.

OMG!!! ape kejadahnya mimpi nie wei. aku pulak mmg malu gila masa tu. terus ckp NO and masuk bilik. die gelak je. kuang asam.

lepas tu sedar, dah bangun tdo sambil duk kenang balik mimpi tu. horror je mimpi aku nie. tahu la dlu pernah tersuka radzie. nie dah sampai ke tahap leh mimpi siap kitaorg dah nikah dalam mimpi tu kejadah btul la .

dasyat mimpi aku wei. maaflah radzie, aku tak sengaja mimpikan kau. well siapa boleh pilih karakter yg masuk dalam mimpi tu kan? so sorry radzie. hahahaha. sbb tu la aku rasa horror sgt sbb aku tak pernah pun fikir or suka lagi kt radzie utk tempoh dua tahun lebih nie and dah la dah nikah dgn die.

SCARYYYYYY la s#!+. hahahahhahaha. mimpi nie mmg mengarut la. so senang je. meh ler kita lupakan dan move on. mimpi kan mainan tidur. so yup. lupakan.

okay. bye. nak tidur. ape lg la mimpi malam nie pulak. hahaha. bye korg.

Thursday, September 17, 2015

Tamat belajar

Assalamualaikum.

Hei hei hei. Lama nau nau iolls tak menulis kt sini. Lama tak tulis sbb mega kesayangan iolls hilang. Nak beli baru tak mampu. Skrg alhamdulillah. Dah habis degree. Masih mencari kerja. Nak kerja cepat2 so that boleh beli fone baru. Hihihih.

So nothing to story morry sbb my life sama je. Tiada yg berubah except now i am back to my family. Hohohoho. Itu sahaja yg berlaku.

So okay la. Ade benda nak buat.

Bye.

Tuesday, June 2, 2015

menilai

Assalamualaikum ..

oh btw, sy tak masuk hospital lepas strictly makan ubat. :)

So diam tak diam, pejam celik pejam celik, dah minggu ke 19 praktikal. 1 more week and i'm out. So apa yang i dapat dari internship nie? I would say a lot. So many. I do learn a lot. Not just about work but also attitude of people. Kalau kau rasa perangai kawan kau annoying and all, believe me, susana kerja lagi annoying.

My office is 100% bumiputera. So yeah! The mentality is a bit ..... and in this organization, first thing yang i belajar do not trust anybody, do not too attached to anybody, do not too friendly with anybody. Just do your job.

sbb ape whenever you mcm buat sesi luahan perasaan kt org tu, die akan sampaikan ke org lain. I nampak selalu jadi mcm tu. A cerita pasal B kt C then C g cerita kt D or C mengumpat A kt B. So senang cerita bila masuk ke kerja, perhatikan suasana, budaya kerja yang ade dalam office.

And ape yang i nampak, they always rasa diorg je yang reti buat kerja and others don't. Refuse to listen to their boss and even worst pandang rendah kt org lain and not to forget take credits based on others job.

So yea. I do learn a lot especially attitude of people in this company. And like org tua cakap, ambil yang jernih dan buang yang keruh. Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan. Boleh fikir sendiri.

I ade manager. And this manager always cakap staff sini semua pemikiran kampung and all, bajet tahu buat semua kerja and bla bla bla. I used to believe that and respect her as she have non-meleis thought. Tp lama2 kenal and i kenal the other staff, my senior exec tegur my attitude and all, i now sedar yang manager i pun sama je. Pemikiran kampung.

die selalu rasa diri die betul, die selalu rasa ape yang die lalui dlm hidup is a part of enjoying life while others yang tak lalui ape yang die lalui tu tak enjoy their life. Ape yg i perasan, ape yang die kutuk staff tu actually die pun buat.

so please people. Think before you speak, think before you act sbb it can ended up you pun sama mcm diorg. Jgn rasa diri tu sentiasa betul. Sometimes kita betul, sometimes kita salah tak kisah la tua ke muda. Kalau diri tu sentiasa betul, then you are perfect. Tapi tade manusia yang sempurna.

So okay la. Settle sesi luahan perasaan iolls. Bye.




Wednesday, May 20, 2015

hospital

Assalamualaikum

hai hai hai ..

oh. Aku tak masuk hospital. Tp bakal masuk. Tapi marilah kita berdoa semoga aku tak ditahan di hospital.

Actually 2 minggu lepas, malam khamis tu aku tetiba diserang demam. Tiada ape2 simptom yg boleh menunjukkan aku demam. Then itu saja.

minggu lepas jumaat tengah hari aku demam balik selepas mlm khamis tu simptom demam menunjukkan diri seperti tekak tak berapa nak sedap. Tp tak sakit.

Then sabtu tu die okay cuma batuk pulak datang singgah yang sampai ke hari nie masih tidak baik2. Hari nie badan rasa seram sejuk dan kepala sakit setiap kali batuk.

Since aku nie alhamdulillah susah sakit, bila sakit mmg agak merisaukan. Mcm nie. Pelik nau demam. Kejap dtg kejap pergi. So plannya malam nie nak ke klinik ambil ubat. Kalau lepas makan ubat tade perubahan, kena check in hospital la.

Sbb sejarah kesihatan aku nie pun boleh tahan jugak. Harap2 it just a fever.

Bila dah demam mcm nie, mcm2 fikiran tak berapa logik dtg. Seperti contoh, dlu aku kena pnuemonia. Jangkitan kuman pada paru2. Demam die tu berlarutan untuk dua minggu.

So bila demam nie mcm nie, terus fikir mcm kena balik which is lepas tu aku cepat2 zikir nauzubillah hi min zalik.

Minta dijauhkan semua tu. So mlm nie lets go to the clinic .

Pray for me. Bye.

Friday, May 8, 2015

unwell

Assalamualaikum ..

Hai hai hai ..

so hari nie iolls MC. Demam. Tade tanda2 demam pun. Tetiba je jadi. Malam smlm lepas dinner tu, g la bersihkan diri semua. After that terus rasa sejuk menggigil. I thought sbb kipas tengah speed laju. Then lepas tu start rasa sejuk and badan rasa mcm bahang.

Tp adik kata biasa je bila sentuh. Then tidur. Stgh jam bangun, memang terus demam. Badan sgt panas. Tak tahan, naik tingkat atas mnx ibu nutriferon. Tade.

Lepas tu abah kasi panadol .. baru la dpt tidur ..kalau sblm tu rasa panas sampai rasa nak meletop kepala. Rasa mcm suhu termometer naik. Sbb panas tu dari kaki naik ke kepala.

Tp tade simptom demam langsung. So kena tengok malam nie mcm mana. Sbb aku nie mmg jenis dari dulu demam malam. Siang ok je. Cuma kali nie pelik sbb tade simptom demam.

Org sakit nie mmg emo lebih ke ek? semalam mintak nutriferon kt ibu. Dengar je ibu cakap tak, berjurai air mata nangis. Pdhl otak mmg duk ckp 'hah. Tade pulak.' Tp reaksi nangis.

lepas tu ade la mesej adik ckp demam. Die tak reply. Nangis jugak pdhl dlm kepala otak 'die dah tertidur la tu.'

Haih .. to future hasbeng, kalau i demam, u tak boleh tidur malam sbb kena jaga i and sbb i kalau demam, i tak selesa. So for sure you pun takan selesa nak tidur and nnti i akan menangis tanpa sebab. Hahahahah.

Okay la. Bye.

Tuesday, April 28, 2015

fakta

Assalamualaikum and hai hai hai hai ..



Terjumpa kt fb .. fakta anak kedua. Iolls anak kedua.

Yang rasanya paling tepat adalah stalker berjaya. Selalu stalk org yang kita sayang laaa. Adik ngn kakak selalu bising bila aku ckp aku stalk org. Bahahhahah. Sbb too details. Kalau retis lg senang. Siap ketinggian, darah jenis ape pun aku tau.

Aku nie jenis curiosity can kills 100 cats. Hahahaha. Kan ade pepatah curiosity can kill the cats. Tahap curiosity aku nie mampu membunuh kucing sebanyak 100 ekor dalam satu2 masa.

Nak pulak hidup di era teknologi .. google aje. Terpampang depan mata. Kihkihkih .

And yes. Aku nie mmg agak pendiam bila dgn org yang aku tak biasa or baru kenal. Sampai ade kata aku nie passive. Kih kih kih .. cer kome terai bila aku dah biasa dgn meng-kome. Idok ler terlayan .. satu lg, aku nie jenis cepat tangkap sikit.

Tak payah la cuba nak menipu dan pusing aku sana sini. Cepat nau aku faham ape yg disorokkan, ape yang cuba disampaikan dan sebagainya. Die mcm pepatah sekilas ikan di air, dah tahu jantan betina. Haaaa. Gituhhhhh. Tp selalu org tak fhm aku sbb aku pandai cover rahsia aku sndri. Sbb aku nie jenis pandai cover, tu aku senang fhm org sekeliling aku. Tp sekali aku teka ape korg cuba sampaikan, mmg korang akan sakit hati sndri la sbb betul ..

my instinct almost always right. Kalau aku ckp, mmg insya-Allah akan jadi. Bukan la ramal ke ape. Tp aku selalu buat keputusan lepas amek kira ape kata hati dan otak. 50% hati 50% otak. Tak berat mana2 belah. Korang kalau nak tipu aku, IQ kasi tinggi. Kalau nmpk pun mcm berjaya tipu aku, sebenarnya tak pun. Aku je malas nak gaduh dan panjang2kan hal.

Cerewet tu almost tepat laa .. ade certain benda aku cerewat sampai tahap mcm OCD. Hahahah. Degil tu pun iyer jugak. Bila dah banyak kali bertolak ansur dan mengalah, bru dtg degil die.

Dan yang paling tepat sekali, aku mmg kerja last minute. Sbb aku kan pandai predict masa. So last minute pun tetap menjadi. Hahahha. Aku mmg tak reti nak buat kerja awal2. Semua kena last minute sbb masa tu mcm adrenalin tu meningkat and mcm2 hormon lain jugak naik menyebabkan otak aku cepat berfikir idea2 dan sebagainya. So i don't stress due to last minute work. Tp stress bila buat kerja awal2.


Hehehe .. okay la. Nak sambung kerja.

Tuesday, April 14, 2015

timing

Assalamualaikum ..


hai hai hai ..

sy tengah bersarapan nie. Kihkihkihkih ..

so semalam aku tidur rumah setapak sebab tunggu abah sampai dari penang and sebab dah tengah malam, so decide tidur rumah setapak sbb dekat and mmg aku kena stay setapak sampai hari khamis.

Sbb abah nak main golf. Then since minggu lepas mmg stay setapak and pergi kerja naik lrt, kita tahu la masa die semua. So dah boleh agak masa perjalanan tu.

Abah pulak tak tahu, so die kibut la pagi tadi. Siap bebel la semua. Lepas tu 7.10 keluar rumah, die sibuk tanya tak lambat ke? Dari rumah sampai ke stesen lrt duk tny. Adoii.

Berjaya sampai office pukul 8.20. See. Saya nie part2 timing is always right. Dalam family paling kibut adalah tok. Lepas tu abah. Lepas tu ibu. Since membesar dgn tok, tok mmg ajar diri jadi punctual. Slogan tok "biar kita tunggu orang. Jgn kasi orang tunggu kita."

So aku memang benci dengan orang yg tak menepati wktu tanpa sebab. Dulu kalau kata pukul 12.30p.m makcik bas nak datang amek, 12.00p.m aku dah terpacak depan rumah lengkap segalanya. Ptu tok akan teman duduk depan pntu rumah.

Kalau kata dah tunggu lepas tu teringat barang yg lupa bawak, hah! Tok memang akan bising gila. Padahal jam baru 12.10pm masa tu.

So automatik, kita mcm terbiasa. Mmg tak reti nak buat lambat2. Bila orang set je time, terus dalam kepala congak masa. Dari masa bangun pukul berapa sampai la nak siap semua and masa nak start keluar dari rumah supaya sampai je dekat destinasi mmg ikut masa die.

kalau lambat, die terus dtg perasaan serba salah tu. Kadang2 sampai rasa nak nangis sbb dah lambat. Masa tu mmg panik gila la. Sampai mcm tu rasa die. Tapi almost kawan2 saya jenis tak menepati masa. Ade yang sampai ke tahap lambat setengah jam.

Memang sabar jela. Tak mampu nak cakap ape2. Menangis dalam hati je bila diorg macam tu. Sbb u can't expect people mcm you. So since me, virgo always ade expectation yang tinggi pada org lain, setiap kali diorg tak capai expectation tu, mmg sedih la. Sakit je hati.

Tp nak buat macam mana. Iolls mmg sentiasa ade expectation yang tinggi pada orang2 sekeliling tapi akhirnya dikecewakan setiap kali itu jugak. Hahahaha.

So dear future hasben, tolong jangan lambat datang majlis kita. Mahu saya nangis nanti cancel majlis. Hahaha. Okay la. Nak kerja. Bye2.